Alhamdulillah, selesai sudah Merdeka Plogging Funwalk @ Kota Lama bersempena program Eksplorasi Perpaduan Satelit MADANI Rakyat pagi tadi.
Lebih 500 peserta bersama-sama turun padang bukan sahaja untuk beriadah, tetapi juga menyemai rasa cinta kepada bumi dengan memungut sampah sepanjang laluan. Inilah semangat Merdeka + Hijau yang kita mahu pupuk dalam diri setiap masyarakat.
Tahniah dan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat : Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Negeri Kelantan, Jabatan Belia & Sukan,Jabatan Alam Sekitar serta Pertubuhan Pemuda Gema Cawangan Kelantan di atas komitmen anda semua menjayakan program ini.
Perpaduan dan kelestarian hanya dapat dicapai apabila kita bersama bergerak seiring, rakyat dan pemimpin, tua dan muda.


































© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































