Saya berkesempatan hadir ke Majlis Pelancaran Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI – Program Peningkatan Pendapatan (MENDULANG EMAS) di Sg Tadoh, Jeli.
Program ini memberi manfaat kepada 57 peserta miskin e-Kasih yang layak, sebagai usaha meningkatkan taraf hidup melalui peluang menjana pendapatan yang lebih mampan.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Komitmen semua pihak amat penting agar setiap inisiatif sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Kesejahteraan rakyat bukan slogan, tetapi tanggungjawab bersama. Semoga program ini menjadi titik perubahan kepada para peserta untuk bangkit memperbaiki kehidupan, demi keluarga dan masa depan anak-anak.










© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































