
Warna warni Program Inspirasi Keusahawanan Wanita Perpaduan dan Santunan Kasih Ramadan Kareem.
Alhamdulillah telah berlangsung program yang mempertemukan Pimpinan wanita Perpaduan seluruh Kelantan sempena Hari Wanita Antarabangsa 2025 dengan mengangkat isu Inspirasi Keusahawanan wanita sebagai membumikan tema Wanita beraspirasi membina legasi.
Kami bertuah kerana mendapat perkongsian yang mengispirasikan daripada Puan Siti Suhaila binti Ab Hamid, Ketua AKPK Kelantan merangkap Penasihat Kewangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Chef Ustazah dan pasukan yang terkenal dengan produk meletop “Garlic Spread”. Sesungguhnya ilmu pemasaran digital berpotensi menjana dan menambahkan pendapatan tanpa had kepada wanita dan semua walaupun duduk di rumah masing-masing.
Zikir dan doa dipimpin Ustazah Wan Kalsom Yusof.
Terima Kasih Puan Nor Wahida Patuan Ketua Wanita UMNO Kelantan dan Saudari Nor Azmiza Mamat Ketua Wanita PKR Kelantan yang membawa pimpinan wanita masing-masing ke majlis ini.
Semoga majlis ini menjadi mencetus kepada kebangkitan usahawanita untuk sama-sama membangunkan negeri dan negara ini menjadi maju makmur adil beramanah dan rahmah buat semua warganya.
© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU