
Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan AWAN Kawasan Kota Bharu 2025 telah dirasmikan dengan penuh semangat oleh Puan Norizan bt. Abd. Rahman, Timbalan Ketua AWAN Negeri Kelantan.
Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas amanat serta dorongan yang disampaikan satu suntikan semangat buat kami wanita-wanita Kota Bharu untuk terus maju memimpin perubahan.
Mesyuarat diteruskan dengan penuh tertib dan beragenda, dipengerusikan oleh Dr. A’isyah bt. Che Rahimi, Pengerusi Tetap AWAN Kawasan Kota Bharu.
Wanita bukan sekadar pelengkap perjuangan kita adalah tulang belakang masyarakat.
Teruskan melangkah dengan ilmu, keberanian dan kasih sayang. Insya-Allah, perjuangan kita akan terus berbekas.
© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU