Kesihatan yang baik adalah anugerah yang paling berharga, lebih-lebih lagi apabila kita melangkah ke usia emas.
Hari ini saya berkesempatan merasmikan Program Sihat dan Aktif di Usia Emas anjuran bersama Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Panel Penasihat Klinik Kesihatan, dan Kelab Warga Emas KKWB bertempat di perkarangan KKWB. Program dimeriahkan dengan kehadiran En Mohd Khir Zahri Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Tumpat, Dato’ Che Rashid Pengeruai ALP Hospital Tumpat, Pengerusi JPPKP Mukim di Jajahan Tumpat dan pimpinan masyarakat lain.
Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi turut menyemai kesedaran pentingnya penjagaan kesihatan fizikal dan mental di kalangan warga emas.
Tahniah kepada seluruh pasukan penganjur di bawah pimpinan Saudara Wan Mat Sin Timbalan Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Wakaf Bharu dan Cikgu Naim Pengerusi Kepab Warga Emas Klinik Wakaf Bharu bersama pasukan masing-masing atas kejayaan majlis.
Terima Kasih kepada Dr. Hasneezah Binti Hassan (Pegawai Kesihatan Daerah Tumpat) dan Dr. Nik Harlina Bt. Mohd Kazim, Pakar Perubatan Keluarga Klinik Wakaf Bharu serta semua warga Klinik Wakaf Bharu yang memberi bimbingan dan kerjasama penuh bagi memastikan kelancaran program.
Semoga warga emas kita terus kekal sihat, aktif, ceria dan menjadi inspirasi kepada generasi muda.
#DrHafidzah
#DunKotaLama
#KitaBinaBersama












© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































