Alhamdulillah, berkesempatan hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 di SK Merbau.
Lebih 300 orang murid telah menerima sumbangan sebanyak RM150 bagi setiap murid, sebagai inisiatif untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.
Semoga bantuan ini dapat memberi kelegaan kepada keluarga serta menyuntik semangat anak-anak untuk memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih yakin dan bersemangat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Norzie bin Abd. Aziz serta seluruh warga pendidik SK Merbau atas jemputan dan kerjasama dalam menjayakan majlis ini.
Pendidikan adalah pelaburan masa depan. Insya-Allah, usaha memperkasa anak-anak Kota Lama akan terus diperkukuh demi melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing.





© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































