Siang tadi berkesempatan menyampaikan bantuan berupa peralatan kepada sebahagian usahawan Kota Lama sebagai penggalak kepada perniagaan yang mereka ceburi.
Terima Kasih kepada YB MEJAR (B) DATO HAJI MD ANIZAM BIN AB RAHMAN
-PENGERUSI JAWATANKUASA PELABURAN, PERINDUSTRIAN, SUMBER MANUSIA, PERDAGANGAN dan KEUSAHAWANAN NEGERI KELANTAN atas sumbangan di bawah Program Gerakan Berdikari Rakyat Kelantan.
Saya berpesan kepada penerima bertuah bahawa ini adalah merupakan amanah yang diberikan kerajaan agar mereka dapaf memenafaatkan pemberian ini bagi meningkatkan pendapatan sekaligus mengeluarkan mereka daripada kitaran kemiskinan.
Doakan usaha ini dapat mendekatkan kami kepada cita cita menjadikan Kota Lama bahagia, berdaya saing dan diberkati.
#gerakanberdikarirakyatkelantan
#drhafidzahkotalama
#KitaBinaBersama












© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































