Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Majlis Iftar Perdana sempena Jelajah ANMS di Masjid Al Husna, Baung Bayam bersama YB Menteri Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia.
Program yang berlangsung di dewan terbuka pekarangan masjid ini bukan sahaja menghimpunkan masyarakat setempat untuk berbuka puasa bersama, malah turut diisi dengan:
✨ Penyampaian sumbangan bantuan perubatan
✨ Penyampaian bakul makanan kepada yang memerlukan
✨ Majlis tahlil yang penuh keinsafan
Saya juga turut menyumbang beberapa bakul makanan kepada golongan asnaf sebagai tanda kebersamaan dan kasih sayang dalam bulan Ramadan yang mulia ini.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan mampu meringankan beban dan membawa sinar kegembiraan kepada penerima. Ramadan mengajar kita erti berkongsi, menyantuni dan memperkukuh ukhuwah dalam masyarakat.

















© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































