
“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini, saya bersama team Pusat Khidmat Dun Kota Lama berpeluang menjelajah ke 20 buah sekolah dalam kawasan kami. Misi kami ringkas, tapi penuh makna dengan membawa sepotong kek “homemade” yang sedap untuk setiap sekolah sebagai tanda penghargaan kepada para guru yang banyak berjasa.
Kami bahagi kepada dua kumpulan, masing-masing bertugas untuk hantar 10 kek ke 10 sekolah. Ada sekolah yang saya sendiri sempat singgah dan berjumpa dengan pengetua, PKP, dan PK HEM, ada juga yang sambut kami dengan wakil guru. Tapi setiap satu sambutan itu sangat hangat dan menyentuh hati.
Saya masih ingat senyuman cikgu-cikgu bila terima kek tu. Walaupun kecil, tapi mereka sangat hargai. Ada yang siap jemput kami datang lagi ke sekolah, dan ajak untuk berkongsi lebih banyak program bersama pelajar dan guru.
Alhamdulillah, sambutan sangat positif. Terima kasih kepada semua pihak sekolah yang menerima kunjungan kami dengan hati terbuka. Dan yang paling penting Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di luar sana. Kalian adalah obor ilmu, penyuluh masa depan. Teruskan berbakti, dan insyaAllah kami akan terus menyokong dari belakang.
TERIMA KASIH CIKGU, GURU PEMACU REFORMASI PENDIDIKAN.
© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU