KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
Alhamdulillah, berkesempatan hadir ke Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) sempena Karnival Komuniti MADANI di PPR Kota Bharu yang dirasmikan oleh YBTM Datuk Hajah Aiman Athirah, Timbalan Menteri KPKT dengan kerjasama SWCorp Malaysia.
PKKB merupakan satu usaha penting bagi:
✅ Meningkatkan penyertaan menyeluruh komuniti bandar
✅ Membudayakan amalan pengasingan sisa di punca & kitar semula
✅ Memupuk tanggungjawab menjaga kebersihan & keindahan persekitaran
✅ Mengiktiraf sisa sebagai sumber ekonomi, tenaga & nilai artistik
✅ Menerapkan model Awareness, Inspire, Desire & Action (AIDA) dalam pemerkasaan komuniti
Usaha sebegini bukan sahaja menyokong Dasar Kebersihan Negara malah melahirkan masyarakat yang lebih berdaya saing, progresif dan inklusif.
Bersama kita bina komuniti yang lebih harmoni, sihat dan berdaya tahan demi masa depan generasi akan datang.
















© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































