
Saya berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam bersempena Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ke-60, bersama Yang Amat Berbahagia Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Binti Dr. Wan Ismail, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Menjunjung Kasih Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri Binti Almarhum Sultan Ismail Petra, Tengku Maharani Putri, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Kelantan atas limpah ampuni perkenan berangkat ke majlis santapan tersebut.
Saya melihat sendiri, disiplin dan dedikasi para Pandu Puteri dan saya yakin gerakan ini akan terus menyemai nilai kepimpinan, kasih sayang dan semangat khidmat kepada masyarakat dalam jiwa anak-anak perempuan kita.
Inilah wadah membina generasi wanita berprinsip, berdaya tahan dan berwawasan, dari akar umbi hingga ke persada dunia.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terus mengangkat martabat wanita Malaysia melalui pendidikan karakter dan budaya sukarelawan.
© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU