📍 Masjid Al-Husna, Kampung Baung Bayam
📅 17 Januari 2026 | Sabtu
Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI telah berlangsung dengan lancar dan penuh makna, dirasmikan oleh Hj. Jasri Kassim, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU JPM) Negeri Kelantan.
Program Kampung Angkat MADANI bertujuan mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat, memperkasa komuniti setempat serta menangani isu sosioekonomi secara menyeluruh dan berfokus, selaras dengan nilai MADANI yang menekankan kesejahteraan, keadilan dan pembangunan inklusif.
Pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan turun padang memberi khidmat terus kepada rakyat akar umbi, merangkumi aspek kebajikan, pendidikan, kesihatan, ekonomi dan pembangunan komuniti.
Rata-rata penduduk setempat menyambut baik inisiatif ini dan melahirkan rasa syukur serta teruja kerana suara mereka didengari dan keperluan komuniti diberi perhatian secara langsung. Program seumpama ini dianggap sangat bermakna dan diharap dapat diteruskan demi manfaat jangka panjang penduduk kampung.
Semoga Kampung Angkat MADANI menjadi pemangkin perubahan positif dan contoh kejayaan pembangunan komuniti yang menyeluruh.





© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































