
Menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Kelantan 2025 anjuran LPPKN Kelantan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bertempat di UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa.
Bertemakan “Sentuhan KASIH Ibu”, sambutan ini memberi pengiktirafan kepada jasa dan pengorbanan insan yang menjadi nadi sebuah keluarga dan tulang belakang sesebuah masyarakat.
Saya percaya, kekuatan institusi keluarga bermula daripada seorang ibu yang berjiwa kental dan penuh kasih sayang. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus memperkasa peranan ibu dalam pelbagai aspek dari pendidikan, ekonomi hingga ke kesejahteraan mental dan emosi.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan ini. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada dasar dan inisiatif yang lebih menyeluruh demi memartabatkan wanita dan memperkukuh institusi keluarga di negeri kita tercinta.
© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU