Hadir ke majlis perasmian Program Bantuan Musibah Bayt Al-Rahmah di Seluruh Negara, yang telah disempurnakan oleh YB Senator Marhamah Binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Pemilik rumah ialah Puan Ruhani binti Ibrahim,
berusia 64 tahun dan tidak bekerja.
Rumah beliau telah ditimpa musibah banjir besar
pada 29 November 2024.
Pemohon telah berusaha mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak berkaitan namun tidak berjaya.
Pada 20 Januari 2025, Yayasan Taqwa – MAIWP telah menerima permohonan daripada pemohon.
Jawatankuasa Induk Bantuan Musibah seterusnya meluluskan permohonan bagi pembinaan rumah baharu pada 21 Januari 2025.
Pembinaan rumah bermula pada 03 Jun 2025.
Alhamdulillah, pada 10 Oktober 2025, rumah ini telah siap dibina dengan kos berjumlah RM119,985.00.
Sumbangan ini melambangkan semangat MADANI Membantu dalam meringankan beban masyarakat, selaras dengan aspirasi JPM (HEA).





© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































