
Majlis Silaturrahim & Penghayatan Hari Wukuf Kota Lama
Alhamdulillah, sempena tibanya Hari Wukuf yang penuh keberkatan, Pusat Khidmat DUN Kota Lama menjemput seluruh warga untuk bersama menyertai Majlis Silaturrahim & Penghayatan Hari Wukuf ruang memperkukuh ukhuwah, memperdalam penghayatan dan menyuburkan roh kebersamaan dalam komuniti.
📅 Rabu | 28 Mei 2025
🕑 2.00 – 5.00 petang
📍 Dewan SK Padang Garong 1
Hari Wukuf mengajar kita tentang makna penyerahan diri, kekuatan doa dan nilai perpaduan. Inilah waktunya kita duduk bersama, merenung makna kehidupan dan memperteguh tekad untuk membina masyarakat yang lebih prihatin, sejahtera dan berjiwa besar.
Jemput hadir beramai-ramai. Bersama kita jadikan majlis ini sebagai satu detik bermakna untuk diri, keluarga dan Kota Lama tercinta. ❤️
© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU