Alhamdulillah, majlis penyerahan siap kerja bagi Kerja-Kerja Baik Pulih dan Naik Taraf Pasar Kubang Pasu, Kota Bharu telah disempurnakan dengan jayanya.
Projek ini merupakan usaha berterusan untuk memastikan kemudahan awam di kawasan kita berada dalam keadaan lebih selesa, selamat dan kondusif, bukan sahaja untuk para peniaga, malah untuk seluruh warga yang berkunjung mendapatkan keperluan harian.
Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU JPM Kelantan), Pengarah Pembangunan Persekutuan Kelantan ICU JPM, Tuan Haji Jasri serta Encik Wan Ahmad Amirul Asyraf bin Wan Anuar dari Jabatan Kejuruteraan (Bahagian Bangunan & Elektrik).
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan MADANI di atas komitmen berterusan dalam memastikan pembangunan infrastruktur rakyat terus diberi perhatian, khususnya di Kota Lama.
Semoga dengan siapnya projek ini, Pasar Kubang Pasu terus menjadi nadi ekonomi setempat dan memberi manfaat besar kepada peniaga serta penduduk sekitar.
Insya-Allah, kita akan terus memperjuangkan pembangunan yang memberi kesan langsung kepada rakyat.









© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































