Program Ihsan Madani (Icare 4 U) dan Ziarah Kasih Ihsan Ramadan ( ZIKIR 2025)
Bersama Tuan Hj Jasri Kasim Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri ( PPN) ICU JPM dan kakitangannya kami adakan program menyantuni asnaf E Kasih di Pejabat Khidmat ADUN Kota Lama semalam.
Seramai 40 orang saudara saudara kita yang benar benar memerlukan di Kota Lama hadir dalam majlis ini. Terima Kasih kepada rakan strategik penyumbang termasuk En Wan Hawari Wan Yusof dari Bank Muamalat dan juga Masjid Negara yang sudi berbagi rezeki dengan kami.