Alhamdulillah, hari ini berkesempatan menghadiri Majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Kota Bharu sempena perasmian Portable Container System (PCS) di PCS Kuala Besar, Kota Bharu.
Turut hadir bersama Yang Berbahagia, Tuan Haji Muhammad Faiz Fadzil Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.
Program yang menghimpunkan warga nelayan ini bukan sahaja menjadi ruang silaturrahim, malah turut memperkukuh jaringan sokongan antara agensi, persatuan serta masyarakat nelayan setempat.
Tahniah kepada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan Kota Bharu atas usaha berterusan memperkasa ekonomi nelayan melalui inisiatif yang progresif dan inklusif ini.
Semoga nelayan terus maju, sejahtera dan menikmati hasil daripada laut yang menjadi nadi rezeki rakyat.
#DrHafidzah
#DunKotaLama
#KitaBinaBersama







© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































