Saya ucap tahniah dan terima kasih kepada pimpinan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Pejabat Pendidikan Daerah serta seluruh warga sekolah atas komitmen menjayakan Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Mewakili Kerajaan MADANI, saya menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia atas inisiatif berterusan menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan murid, ibu bapa dan masyarakat. Bantuan ini bukan sekadar sokongan kewangan, malah manifestasi komitmen kerajaan dalam memperkukuh sektor pendidikan sebagai asas pembentukan generasi MADANI masa hadapan.
BAP yang diperkenalkan sejak 2012 kini diteruskan secara sejagat dengan kadar RM150 bagi setiap murid tanpa mengira pendapatan isi rumah, bagi memastikan akses pendidikan yang adil dan inklusif untuk semua anak Malaysia.
Melalui Belanjawan 2026, sejumlah RM794.25 juta diperuntukkan kepada KPM bagi pengagihan BAP kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara. Bagi negeri Kelantan, sebanyak RM44.67 juta disalurkan kepada 297,818 orang murid bermula 11 Januari 2026.
Untuk SMK Putera, peruntukan sebanyak RM53,550 dimanfaatkan oleh 357 orang murid. Saya berharap bantuan ini menjadi pemangkin semangat kepada murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan membina masa depan yang lebih gemilang.
Saya yakin, inisiatif ini mampu memastikan setiap murid memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersedia serta berpeluang mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan.







© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































