Hadir merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Negeri Kelantan 2026, anjuran LPPKN, agensi di bawah KPWKM.
Bulan Kesedaran Kanser Serviks disambut setiap Januari sebagai usaha meningkatkan kesedaran kesihatan wanita. Melalui LPPKN, KPWKM terus komited memperkasa kesejahteraan wanita dengan sasaran sekurang-kurangnya 32,000 wanita menjalani saringan kanser serviks melalui ujian HPV DNA pada tahun 2026.
Usaha ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai wanita tampil menjalani saringan awal demi mencegah kanser serviks.
Turut hadir wakil LPPKN Negeri Kelantan, Puan Lim Lee Peng, wakil Persatuan Peranakan Cina Kelantan Puan Aw Tan Eng, serta para peserta daripada pelbagai kaum.
Tahniah kepada semua staf LPPKN yang telah menjayakan program ini.














© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































