Sambutan Tahun Baru Cina MADANI Peringkat DUN Kota Lama bersama warga emas berlangsung dengan penuh meriah.
Melihat senyuman dan kegembiraan mereka hari ini benar-benar menyentuh hati. Sambutan ini bukan sekadar perayaan, tetapi simbol perpaduan, hormat-menghormati dan kasih sayang antara kaum yang menjadi kekuatan Kota Lama. Inilah semangat Malaysia MADANI yag memuliakan insan, menghargai jasa dan memastikan tiada sesiapa pun yang dipinggirkan.
Tahun ini rakyat cina menyambut Tahun Kuda, adalah lambang kekuatan, ketekunan dan semangat yang tidak mudah mengalah. Semoga semangat Tahun Kuda ini menyuntik keberanian dan daya juang kepada kita semua untuk terus melangkah maju bersama.
Warga emas adalah khazanah pengalaman dan kebijaksanaan. Tanggungjawab kita bukan hanya meraikan, tetapi memastikan kebajikan mereka terus terbela dan suara mereka sentiasa didengari.
Terima kasih kepada semua penganjur, sukarelawan dan komuniti yang berganding bahu menjayakan program penuh makna ini. Semoga tahun baru ini membawa kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah dan kebahagiaan berpanjangan buat semua.
Gong Xi Fa Cai! Semoga Kota Lama terus harmoni dan makmur.















© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































