Ziarah kasih bersama Norhaeda, mangsa kebakaran, sebagai tanda sokongan moral dan keprihatinan. Saya hadir bersama pasukan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Lama untuk menyantuni dan mendengar sendiri luahan hati beliau.
Norhaeda Azahari, 51, merupakan mangsa kebakaran rumah di Jalan Tok Guru yang berlaku Ahad lalu. Tragedi ini telah meragut nyawa ibu angkat tersayang beliau, arwah Mak Cik Fatimah (Kak Mah), selain mengorbankan puluhan haiwan yang dijaga penuh kasih sayang selama ini.
Menurut saksi jiran, arwah sempat melambai dan menjerit meminta pertolongan sebelum api marak sepenuhnya. Turut terkesan dalam kejadian ini ialah rumah tukang jahit Kak Ni yang mengalami kerosakan.
Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan buat keluarga mangsa, mencucuri rahmat ke atas roh arwah, dan mempermudahkan segala urusan pemulihan pasca tragedi ini.












© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































