Bantuan Pendidikan Sejahtera MADANI di SK Padang Garong 1 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh makna dan kerjasama semua pihak.
Turut hadir bersama Puan Asrehan, Timbalan Pengarah ICU JPM Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan En. Khairul Zuhdi, Pegawai Pembangunan Zon Kota Bharu, ICU JPM.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Amrulkhairi, Guru Besar SK Padang Garong 1, barisan guru serta warga sekolah atas kerjasama erat dalam menjayakan Program Sejahtera MADANI Bantuan Pendidikan ini.
Tidak dilupakan juga penghargaan buat pegawai-pegawai ICU JPM dan pasukan Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kota Lama yang sanggup turun padang dan bersama-sama memastikan bantuan disampaikan dengan lancar kepada yang memerlukan.
Semoga usaha ini terus memberi manfaat dan meringankan beban keluarga demi kesejahteraan pendidikan anak-anak kita.












© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































