Malam tadi saya bersemangat hadir bersama anak-anak muda dalam Sembang Santai Orang Muda (SOM 1.0) ruang dialog terbuka yang membina keberanian bersuara, memperkasa literasi komuniti dan melahirkan pemimpin masa depan.
Percaya bahawa idea besar sering lahir daripada perbincangan santai yang jujur. Teruskan bersuara, teruskan menyumbang kerana masa depan Kota Lama dibina bersama dengan anak muda!
Terima kasih Majlis Belia Daerah Kota Bharu dan Kelab Nadi Kota Bharu di atas penganjuran. Terima kasih kepada Malaysian Craft Council serta semua anak muda yang sudi hadir dan berkongsi pandangan dengan penuh semangat.
Semoga program Sembang Santai Orang Muda yang seterusnya lebih berimpak dan membakar jiwa anak muda.





© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































