Pagi ini saya hadir ke Mesyuarat Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Jajahan Kota Bharu Bil. 1/2026 serta Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Jajahan Kota Bharu Bil. 1/2026.
Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membincangkan isu kesejahteraan rakyat, penyelarasan tindakan serta perancangan pembangunan yang lebih menyeluruh demi kepentingan masyarakat setempat.
Semoga segala perbincangan dan keputusan yang dicapai dapat memberi manfaat berterusan kepada rakyat Kota Bharu, khususnya di kawasan DUN Kota Lama.



© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































