Alhamdulillah, saya berkesempatan menyertai Larian Obor Harapan Kesihatan Mental Negeri Kelantan bersama masyarakat dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mental.
Program ini telah disempurnakan oleh YB Hilmi bin Abdullah, Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, dengan ucapan aluan daripada YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman bin Yacob, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.
Sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni ini, saya turut menyumbangkan dua hadiah utama bagi cabutan bertuah kepada para peserta.
Semoga program seperti ini dapat terus memperkukuh kesedaran masyarakat bahawa kesihatan mental adalah tanggungjawab bersama demi membina komuniti yang lebih sihat, sejahtera dan saling menyokong.
Bersama Melangkah, Bersama Sejahtera. Mental Sihat, Hidup Bermakna.








© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































