Malam tadi saya berpeluang bersama masyarakat India dalam Program Sambutan Deepavali Madani yang berlangsung di PCB Resort Kota Bharu.
Sambutan ini bukan sekadar meraikan perayaan, tetapi memperkukuh nilai perpaduan, kasih sayang dan keamanan dalam semangat Malaysia MADANI.
Turut hadir bersama meraikan adalah En. Mohd Zakwan b. Nawi, Penolong Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Awam MKN serta pegawai-pegawai MKN, En. Kannan, Pimpinan MIC dan pimpinan masyarakat India, Dato’ Subramaniam, Pengerusi Dewan Perniagaan India Kelantan, En. Mohd Noor Yazid, Setiausaha Amanah Negeri Kelantan, Pengerusi JPKKP dan Pengerusi Komuniti Madani.
Saya ucap terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga cahaya Deepavali terus menyinari keharmonian dan kesejahteraan antara kita semua.
#DrHafidzah
#DunKotaLama
#KitaBinaBersama












© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































