Berpeluang merasmikan Program Busana Kebaya 2025 anjuran Persatuan Peranakan Cina Kelantan di Galeri PPCK Tanah Merah.
Ini adalah satu inisiatif yang bukan sahaja meraikan keindahan fesyen tradisional, tetapi juga memperkukuh nilai warisan dan perpaduan antara kaum.
Turut bersama memeriahkan majlis ialah YBrs. Puan Nor Aliza Baharuddin Pengarah MOTAC Kelantan (mewakil Ketua Setiausaha MOTAC), En Mohd Azizul Arif Yahya, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Dr Eyo Leng Yan Pengarah Warisan Seni Tidak Ketara Jabatan Warisan Negara dan pemimpin setempat yang lain.
Terima Kasih kepada En Lim Khang Hong Pengerusi PPCK dan barisan pimpinan dan ahli yang sangat bersemangat menjayakan program hari ini.
Busana tradisional seperti kebaya ini adalah lambang kehalusan seni dan warisan yang perlu terus dipelihara, bukan sekadar pakaian tetapi simbol jati diri dan kebanggaan budaya.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang dan penganjur atas kejayaan program penuh warna-warni ini.
#DrHafidzah
#DunKotaLama
#KitaBinaBersama













© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































