Malam ni berkesempatan hadir dalam Majlis Perasmian Hari Alam Sekitar 2025 peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kelantan.
Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim hadir mengetuai Kementerian selaku penganjur program tahunan yang penting ini.
Program tahunan ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, selaras dengan aspirasi “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.”
Tema Hari Alam Sekitar Sedunia 2025 ialah “Hentikan Pencemaran Plastik” atau “Beat Plastic Pollution”. Kempen ini menyeru tindakan kolektif untuk mengurangkan pencemaran plastik, mempromosikan alternatif lestari, dan mengakhiri pencemaran plastik di seluruh dunia.
Tahniah kepada semua pemenang anugerah pelbagai kategori atas kesungguhan melaksanakan aktiviti pemuliharaan alam sekitar.
Majlis malam ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dan persekutuan dalam memperkukuh agenda pembangunan lestari demi kesejahteraan generasi akan datang.
#drhafidzahkotalama
#KitaBinaBersama





© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































