INISIATIF PENDIDIKAN & KEBAJIKAN DITERUSKAN
Program Jom Ke Sekolah bersama masyarakat Kota Lama telah berlangsung di SK Kg Sireh. Sumbangan kelengkapan sekolah seperti set baju sekolah, beg dan kasut telah disampaikan bagi membantu meringankan beban ibu bapa, khususnya dalam persiapan persekolahan anak-anak. Seramai 550 orang penerima terlibat.
Inisiatif ini selari dengan agenda Transformasi Kota Lama (PTKL) dari aspek pendidikan, kerana setiap anak berhak mendapat permulaan yang adil dan sokongan berterusan demi masa depan yang lebih cerah.
Program turut diisi dengan ceramah motivasi bertajuk “Seronoknya Kembali ke Sekolah” oleh Haji Fadzli Yusof, Presiden TAMRIN (Trainer Motivator Islam Nasional).
Penampilan istimewa adik Muhammad Thaqiif bin Muhammad Zariff, Pemenang Pingat Emas Global IT Challenge for Youth with Disabilities (GITC) 2025 di Korea, yang berkongsi pengalaman dan perjalanan kejayaannya.
Turut hadir En Mat Zain Mamat (Guru Besar SK Kg Sireh), Haji Abd Kadir Othman (Penasihat Prihatin) dan Tuan Suhaili bin Mohd Yusoff (Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa).
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan usaha ini.










© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































