Saya berkesempatan menziarahi mangsa kebakaran dan menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral. Semoga beliau diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan untuk bangkit meneruskan kehidupan.
Puan Siti Haminah Daud 65 tahun mengalami kerugian hampir RM100,000 apabila rumahnya musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 2 petang semalam, termasuk lima buah kereta.
Dalam kegetiran ujian ini, terserlah tanda kebesaran Allah SWT apabila senaskhah al-Quran dan sebotol air zam-zam masih ditemui dalam keadaan baik, walaupun api memusnahkan hampir keseluruhan kediaman.
“Saya tidak sangka, senaskhah al-Quran dan sebotol air zam-zam masih ditemukan dalam keadaan baik walaupun rumah terbakar sepenuhnya termasuk lima kereta,” ujar beliau.
Puan Siti Haminah menyifatkan kejadian ini sebagai satu peringatan dan tanda kebesaran Allah SWT yang mengundang keinsafan buat dirinya serta keluarga.
Sesungguhnya, di sebalik ujian yang berat, terselit hikmah dan pengajaran buat kita semua.





© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































