Hadir menyempurnakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 di SMJK Chung Hwa.
Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar dan teratur.
Melihat sendiri raut wajah kegembiraan ibu bapa yang hadir menerima bantuan ini, yang dapat dimanfaatkan bagi bayaran sekolah serta penyediaan kelengkapan persekolahan anak-anak. Inisiatif ini merupakan usaha Kerajaan Perpaduan MADANI melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dalam meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga menjelang sesi persekolahan baharu.
Terima kasih kepada Pengetua SMJK Chung Hwa, Cik Ong Poh Poh, atas jemputan bagi menyempurnakan majlis ini. Turut hadir bersama Yang Dipertua PIBG SMJK Chung Hwa, Encik Yeap Kuang Wei, barisan alumni, guru-guru serta ibu bapa.









© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































