Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Program Wacana Keibubapaan serta Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang berlangsung di SK Sri Bemban.
Program ini memberi penekanan kepada peranan ibu bapa dalam membentuk generasi madani yang seimbang dari aspek emosi, sahsiah dan kecemerlangan ilmu, selari dengan usaha membina masa depan anak-anak yang lebih berdaya saing.
Turut hadir sebagai panel wacana ialah:
▪️ Supt. Wan Ruzailan bin Wan Mat Rusoff, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu
▪️ En. Mohamad Redza bin Anuar, Penolong Pengarah (Sahsiah & Disiplin), Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Abdullah Ziyadi bin Ibrahim, Guru Besar SK Sri Bemban, barisan guru serta para ibu bapa yang hadir dan memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran program ini.
Semoga inisiatif sebegini dapat terus memperkukuh kerjasama antara sekolah, ibu bapa dan komuniti demi kesejahteraan serta masa depan anak-anak kita.












© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































