Pagi ini saya berkesempatan hadir ke Majlis Pelancaran BAS.MY Kota Bharu, yang telah disempurnakan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Turut hadir YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin, Menteri Besar Kelantan, bersama barisan kepimpinan negeri dan persekutuan.
Pelaksanaan BAS.MY Kota Bharu membawa manfaat besar khususnya kepada penduduk DUN Kota Lama, antaranya:
• Memudahkan pergerakan harian rakyat ke tempat kerja, sekolah dan urusan seharian
• Mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian
• Menjimatkan kos pengangkutan rakyat
• Menyokong sistem pengangkutan awam yang lebih tersusun, selamat dan mesra alam
Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan akses mobiliti rakyat, malah menjadi langkah penting ke arah pembangunan bandar yang lebih inklusif dan lestari.
Semoga kemudahan ini dimanfaatkan sepenuhnya demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat Kota Bharu, khususnya warga Kota Lama.











© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































