ZIARAH KASIH ISTERI ALMARHUM TOK GURU NIK AZIZ
Pagi tadi saya berkesempatan menziarahi isteri kepada Almarhum Tok Guru, Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Puan Sri Datin Hajah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak. Saya hadir bersama Datin Seri…
Pada kesempatan ini, saya bersama YBhg. Puan Rozana, Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, hadir ke lawatan kerja di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGM KB).
Para mahasiswa dan mahasiswi IPGM KB kini sedang menjalani pilihan raya kampus IPGM KB, satu proses penting dalam membentuk kepimpinan dan demokrasi di peringkat institusi pendidikan.
YBhg. Puan Rozana turut menyempurnakan Majlis Peluncuran Bina Karakter Remaja MADANI (BIKAR) sebagai usaha membina sahsiah dan jati diri generasi muda.
Selepas itu, kami berkesempatan melawat Galeri IPGM KB yang menghimpunkan pelbagai alat bantu mengajar zaman dahulu, sarat dengan nilai sejarah dan warisan pendidikan.





© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































