Saya hadir memberi sokongan dalam Kempen MySaveFood di Bazar Ramadan Stadium, Kota Bharu.
Alhamdulillah, Hari Pertama pelaksanaan Projek MySaveFood @Ramadhan 2026 Negeri Kelantan berjaya menyelamatkan 142.3KG lebihan makanan.
Seramai 20 sukarelawan daripada Gerakan Pengguna Siswa UiTM Kelantan, GEMA Kelantan dan KPDN Kelantan terlibat dalam operasi ini. Makanan yang diselamatkan diagihkan kepada Maahad Muhammadi Lelaki, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kota Bharu.
Inisiatif yang dilaksanakan sejak 2021 ini bukan sahaja mengurangkan pembaziran, malah mendidik peniaga agar lebih berhemah. Setiap makanan melalui proses saringan keselamatan sebelum diagihkan kepada asnaf, pelajar, masjid dan gelandangan.
Dengan slogan Hargai Makanan, Elakkan Pembaziran”semoga usaha ini terus menyemai kesedaran dalam kalangan masyarakat sepanjang Ramadan.





















© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































