Singgah sahur 2026 bersama “frontliners” di Balai Bomba Kota Bharu, Balai Polis Kota Bharu & Balai Bomba Kota Darulnaim.
Alhamdulillah, seawal jam 3.00 pagi tadi saya berpeluang menyantuni wira-wira kita yang tetap setia bertugas menjaga keselamatan dan ketenteraman rakyat walau di waktu sahur. Pengorbanan mereka, meninggalkan keluarga demi tanggungjawab, cukup besar maknanya buat kita semua.
Terima kasih tidak terhingga kepada pasukan PEMUDA GEMA Kelantan, para pelajar UiTM, UNITAR & KPTM serta Majlis Belia Daerah Kota Bharu yang bersama-sama menjayakan program singgah sahur ini. Semangat anak muda yang turun padang menyantuni frontliners amat saya hargai.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan Ramadan dan mengeratkan ukhuwah antara kita.
Terima kasih wira dan wirawati bomba dan polis, jasa kalian sentiasa di hati rakyat ❤️




















© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































