ZIARAH KASIH ISTERI ALMARHUM TOK GURU NIK AZIZ
Pagi tadi saya berkesempatan menziarahi isteri kepada Almarhum Tok Guru, Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Puan Sri Datin Hajah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak. Saya hadir bersama Datin Seri…
Pagi tadi saya berkesempatan menziarahi isteri kepada Almarhum Tok Guru, Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Puan Sri Datin Hajah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak. Saya hadir bersama Datin Seri Azlin Hezri, isteri kepada YB Menteri Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia serta pimpinan AWAN Negeri Kelantan.
Ziarah ini bukan sekadar kunjungan, tetapi tanda kasih dan penghargaan atas jasa dan pengorbanan Almarhum Tuan Guru yang terus mekar dalam ingatan rakyat.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik dan rahmat berpanjangan kepada Datin Tuan Sabariah serta keluarga.
Moga ukhuwah ini terus mengikat hati-hati kita dalam perjuangan membina masyarakat yang berakhlak mulia.









© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































