Alhamdulillah, Program Kembara Ramadan MADANI anjuran Bahagian Khidmat Sosial YADIM dengan kerjasama YADIM Negeri Kelantan telah berlangsung dengan sempurna di PPR Kota Bharu.
Seawal pagi, sukarelawan YADIM diketuai Ustaz Muhd Bajili Bakri bergotong-royong menyediakan bubur lambuk. Sebanyak 400 pek bubur lambuk diagihkan kepada komuniti setempat, disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusoff.
Saya telah menyempurnakan majlis penutup program yang turut menyaksikan:
✨ Penyerahan cek cura RM5,000 daripada Yayasan Taqwa kepada Surau PPR Kota Bharu
✨ Penyerahan kit pengurusan jenazah YADIM kepada Skuad Jenazah PPR
✨ Agihan 50 Bakul Harapan Ramadan CIMB Bersama Rakan Strategik 2026 kepada penerima yang memerlukan
Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama warga PPR dalam suasana penuh kesyukuran.
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan dan meringankan beban mereka yang memerlukan. Ramadan mengajar kita erti memberi dan menyantuni tanpa mengira latar belakang.
Orang ramai yang ingin bersama menyumbang boleh:
📌 Akaun Bank Islam YADIM: 1402 3010 0455 56
📌 Sumbangan bulanan: https://infaqpay.my/go/yadim
📌 Sumbangan one-off: https://infaqpay.my/collection/yadim



















© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































