Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa yang dipimpin oleh Ustazah Zakiah Yob, Pengarah Biro Syariah AWAN Kelantan.
Seterusnya, ucapan aluan telah disampaikan oleh Puan Norizan Abd Rahman, Timbalan Ketua AWAN Kelantan. Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Puan Rozita Abdul, Pengarah BPR AWAN Nasional yang mewakili YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Ketua AWAN Nasional.
Program BRRK merupakan program tahunan AWAN Nasional yang telah dilaksanakan sejak tahun 2020, bertujuan membantu golongan yang memerlukan khususnya asnaf dan ibu tunggal, agar dapat meringankan beban mereka semasa Ramadan dan Aidilfitri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta pimpinan AWAN kawasan yang hadir dari seluruh Kelantan bagi menjayakan program ini.
Semoga usaha kecil ini dapat membawa sinar kegembiraan kepada para penerima serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. Diharapkan program seperti ini akan terus diperkasa pada masa akan datang demi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

















© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































