Program ini turut disertai oleh Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Dato’ Aedy Fadly Ramli, serta Pengarah Negeri MCMC Kelantan, Encik Hairudin Mohd Zin.
Kempen ini memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan penggunaan internet secara selamat, khususnya dalam kalangan ibu bapa dan anak-anak.
Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah edaran Kit Ramadan percuma, sesi interaktif berkaitan keselamatan internet, serta demo pengaktifan kawalan ibu bapa (parental control) bagi membantu ibu bapa memantau penggunaan internet anak-anak.
Semoga usaha seperti ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan keselamatan digital dalam kehidupan seharian.








© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































