Alhamdulillah, usaha politik khidmat diteruskan melalui Konvoi Serahan Bakul Rahmah Ramadan Kareem yang singgah di Wilayah Persekutuan.
Saya telah menyempurnakan konvoi serahan Bakul Rahmah Ramadan Kareem ke Wilayah Persekutuan bagi mewakili
YB Menteri Datuk Hajah Aiman Athirah, Timbalan Menteri KPKT dan Ketua Wanita Nasional.
Terima kasih tuan rumah Puan Rafiza Askolani Ketua AWAN Wilayah Persekutuan bersama pasukan yang komited dalam kerja kebajikan dan khidmat masyarakat.
Majlis turut dihadiri Dato’ Suhaimi Abd Rahman, Ketua AMANAH Kawasan Batu bersama Dato’ Ismail Yahya, Setiausaha, yang bersama menyokong usaha kebajikan ini.
Melalui inisiatif ini, 30 penerima terdiri daripada ibu tunggal dan golongan asnaf menerima Bakul Rahmah sebagai tanda keprihatinan dalam menyambut Ramadan dan persiapan menuju Aidilfitri.





























© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































