Alhamdulillah, saya berkesempatan merasmikan Program Selamatkan Bumi, Hidupkan Iman yang berlangsung di Dewan Surau Hj Wan Musa, Kubang Pasu pagi ini.
Program ini membawa mesej yang amat penting bahawa penjagaan alam sekitar bukan sekadar tanggungjawab sosial, bahkan merupakan amanah sebagai khalifah di muka bumi.
Antara pengisian yang berlangsung:
✨ Tadabbur Surah Berkaitan Penjagaan Alam Sekitar oleh Daei YADIM Komuniti Kota Lama, Ustazah Zakiah binti Yob
✨ Ceramah kesedaran alam sekitar oleh Dr Habsah binti Hasan, Pengerusi SALAM (Sahabat Alam Madani)
✨ Pameran dan perkongsian komuniti
Semoga program seperti ini terus menyemai kesedaran masyarakat untuk bersama-sama memelihara alam sekitar demi generasi akan datang, selari dengan nilai iman dan tanggungjawab bersama.
“Memelihara Alam adalah Amanah, Menghidupkan Iman adalah Tanggungjawab”






© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































