Yang Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan menyantuni asnaf
Alhamdulillah, berkesempatan hadir bersama YM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan dalam program menyantuni rakyat yang kesusahan di International Islamic Information & Daawah Centre (IIDAC).
Turut hadir Dato’ Hj Hassan b Husin dan Dato’ Dr Balkhis Abdul Aziz serta Saudara Muhammad Michael bin Abdullah yang Pengasas IIDAC, sebuah NGO yang giat melaksanakan usaha dakwah, kebajikan dan khidmat kemasyarakatan.
YM Tengku Puan Temenggong berkenan menyampaikan sumbangan kepada 150 asnaf yang hadir hari ini.
Semoga program seumpama ini dapat terus memperkukuh ukhuwah, menyemai nilai kasih sayang dan memperluaskan manfaat kepada masyarakat.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.










© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































