Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kejayaan penganjuran Karnival Rahmah Perpaduan dan Kuca Sugho yang berlangsung dengan penuh kemeriahan serta mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat pelbagai lapisan di PPR Jalan Kelochor, Kota Bharu.
Program ini telah disempurnakan oleh Ybhg Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa Pengerusi Nunji yang turut hadir bersama isteri, menyerlahkan komitmen berterusan dalam memperkukuh agenda perpaduan, pendidikan masyarakat dan penghayatan Islam yang membawa rahmat kepada seluruh alam.
Sebelum majlis perasmian, para hadirin dihidangkan dengan Majlis Selawat, Solat Hajat, Tahnik Bayi serta tausiyah yang begitu menyentuh hati oleh Haji Abdul Rahman Abdul Qadir Al-Makki, diiringi oleh Zulkarnain bin Harun dan Muhammad Rusydi Abdul Malek. Kehadiran para tok guru mengingatkan kita bahawa pembinaan masyarakat yang kukuh sentiasa bermula dengan bimbingan ilmu, akhlak dan hikmah para ulama.
Tradisi Kuca Sugho yang diwarisi turun-temurun turut menjadi tarikan utama. Menariknya, penyediaan juadah kali ini menggabungkan semangat gotong-royong masyarakat dengan penggunaan peralatan moden, membuktikan bahawa warisan boleh terus dipelihara sambil memanfaatkan kemajuan teknologi tanpa menghilangkan nilai asalnya.
Sepanjang hari, pelbagai pengisian telah menghimpunkan seluruh komuniti:
Inilah wajah Malaysia MADANI yang kita impikan masyarakat yang bersatu, saling membantu, menghormati tradisi, memuliakan ulama dan berganding bahu membina komuniti yang lebih sejahtera.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penganjur, agensi kerajaan, NGO, sukarelawan, para tok guru, penyumbang dan seluruh penduduk yang menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya masyarakat yang lebih penyayang, bersatu hati dan diberkati Allah SWT.











© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































