Program sebegini amat penting dalam membentuk generasi muda yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga berakhlak dan berpegang teguh kepada nilai-nilai Islam.
Sepanjang program ini, para peserta terlibat dalam pelbagai pengisian yang bermanfaat seperti ice breaking, halaqah Al-Quran dan tadabbur, solat Dhuha berjemaah, tazkirah Ramadan, serta kuiz berkaitan Al-Quran dan Ramadan. Program diakhiri dengan majlis penutup dan penyampaian sijil serta hadiah kepada para peserta.
Tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur Kelab NADI Kota Bharu dengan kerjasama Masjid An-Nur Kubang Pasu atas usaha menganjurkan program yang sangat bermakna ini.
Semoga inisiatif seperti ini terus diperkasakan dalam membimbing remaja agar menghayati Ramadan dengan lebih mendalam serta membina jati diri yang kukuh.






© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































