Kehadiran anak-anak muda serta penyertaan komuniti pelbagai kaum termasuk masyarakat Cina dan India jelas menggambarkan semangat kebersamaan yang menjadi kekuatan kita di Kota Lama. Dalam suasana sederhana menikmati colek, kita dapat bersembang, bertukar pandangan dan mengeratkan lagi hubungan sesama komuniti.
Inilah wajah perpaduan sebenar — apabila masyarakat tanpa mengira latar belakang dapat duduk semeja, berkongsi cerita dan membina persefahaman.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga hubungan baik ini terus diperkukuhkan demi keharmonian dan kesejahteraan masyarakat di Kota Lama.







© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































