Alhamdulillah, berkesempatan hadir dan berkongsi dalam Leadership Training for Community Leaders 2026 #04 Kelantan.
Bagi saya program ini sangat menyegarkan kerana menjadi platform yang sangat baik untuk membentuk jati diri, memperkukuh kemahiran kepimpinan serta melahirkan individu yang berwawasan dan berdaya saing.
Saya amat teruja melihat kesungguhan para peserta yang hadir dengan semangat untuk belajar, berkongsi pandangan dan menambah pengalaman baharu.
Tahniah kepada Coach Huda, Coach Aju , Shahrul dan rakan rakan daripada Pertubuhan Inspirasi Kepimpinan Kelantan atas usaha murni ini. Kesempatan bertemu dengan En Saedi mentor mereka juga sangat saya hargai.
Semoga segala ilmu, nilai dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan sebaiknya serta menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai pemimpin muda yang berintegriti, berakhlak mulia dan mampu memberi impak positif kepada masyarakat serta negara.
DrHafidzah
DunKotaLama
KitaBinaBersama











© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































