Memulakan gerak kerja hari ini dengan
merasmikan Program Lambaian Menara Gading Kota Lama yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Dun Kota Lama dengan kerjasama MAWAR dan Inspirasi Kepimpinan Kelantan.
Saya ucap terima kasih dan tahniah kepada Coach Huda dan pasukan atas perkongsian motivasi yang memberi inspirasi serta suntikan semangat kepada para pelajar yang bakal melangkah ke menara gading.
Penghargaan turut dirakamkan kepada Puan Ghazilah Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan AWAN Kelantan, yang telah menyampaikan ucapan penutup program.
Semoga sumbangan dan dorongan yang diberikan menjadi pemangkin kejayaan buat anak-anak Kota Lama untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan mencapai cita-cita yang diimpikan.




















© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































