Pagi tadi saya hadir memenuhi undangan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di rumah Dato’ Oie Poh Choon Pengerusi Gabungan Persatuan Tionghua Negeri Kelantan.
Sempat bertemu dengan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan YB Datuk Kamarudin Md Nor yang berkunjung sama.
Terima kasih Dato’ Oie dan Datin di atas jemputan 😄
Semoga Tahun Baru Cina ini membawa kebahagiaan yang berpanjangan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah serta keharmonian dalam keluarga dan masyarakat semua.




© 2025 Dr. Hafidzah Mustakim. Hakcipta Terpelihara. Designed by TEMU

































